Tuesday, March 18, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump sasar tarif AS$300 bilion

    WASHINGTON, 2 OGOS – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kelmarin mengumumkan akan mengenakan tarif penalti sehingga AS$300 bilion dalam barangan, sebagai peringatan kepada Beijing kerana menggunakan cara yang salah dalam menyelesaikan masalah perang perdagangan.

    Langkah Trump mengejutkan pasaran saham AS dan Asia dan hanya dibuat sehari selepas perunding perdagangan AS dan China menghidupkan semula rundingan yang bertujuan menamatkan pertikaian sepanjang tahun.

    Pengumuman ini bermaksud hampir semua AS$660 bilion dalam perdagangan tahunan antara dua negara terbesar di dunia itu akan dikenakan tarif. Manakala 10 peratus daripada tarif itu akan berkuatkuasa pada 1 September ini, selain 25 peratus tarif pada AS$250 bilion dalam import yang sedia ada.

    Trump kemudiannya berkata kemungkinan beliau akan meningkatkan lagi tarif berkenaan.

    “Sebanyak 10 peratus adalah … untuk tempoh jangka pendek dan kemudian saya boleh melakukan lebih banyak lagi atau saya boleh mengurangkannya, bergantung kepada apa yang berlaku dalam perjanjian,” katanya di Rumah Putih, sambil menambah, “ia boleh dinaikkan sehingga 25 peratus. “

    Selepas meneruskan perbincangan bersemuka di Shanghai pada minggu ini, perunding perdagangan telah bersedia untuk menyambung semula di Washington pada awal September untuk satu lagi perbincangan, iaitu selepas tarif baharu itu berkuatkuasa.

    “Penekanan tarif memang bukan cara yang efektif untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan perdagangan, ia bukan cara yang betul,” kata Menteri Luar China Wang Yi dalam ucapan ringkasnya di luar pertemuan diplomatik serantau di Bangkok hari ini.

    Sementara itu menurut jurucakap kementerian luar negeri, Hua Chunying pada taklimat media bahawa China mengungkapkan rasa tidak puas hati mengenainya dan membantah secara tegas terhadap hal itu.” – AFP

    Gambar fail pada 18 Julai lalu menunjukkan kontena perkapalan dimuatkan ke kapal kargo di sebuah pelabuhan di Nantong di wilayah Jiangsu Timur China. Trump kelmarin mengumumkan akan mengenakan tarif penalti sehingga AS$300 bilion dalam barangan, sebagai peringatan kepada Beijing – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda