Friday, July 18, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump sedia bertemu Putin, Zelensky

    WASHINGTON, 29 MEI – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky jika dianggap perlu, lapor agensi berita TASS.

    “Saya akan (bertemu), jika perlu,” kata Trump kepada pemberita apabila ditanya mengenai kemungkinan penyertaannya dalam pertemuan yang melibatkan kedua-dua pemimpin itu.

    “Buat masa ini, kami sedang bekerjasama dengan Presiden Putin dan kita akan lihat ke mana arahnya. Saya percaya kami berada di landasan yang baik, tetapi kita akan lihat,” tambah beliau.

    Kenyataan Trump itu dibuat ketika Rusia mengesahkan kesediaannya untuk mengadakan pertemuan dengan Ukraine di Istanbul pada 2 Jun nanti, yang bertujuan membentangkan memorandum bagi menyelesaikan punca utama krisis yang sedang berlaku.

    Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov berkata delegasi yang diketuai Pembantu Presiden Vladimir Medinsky akan memberikan penjelasan yang diperlukan kepada pihak Ukraine semasa pusingan kedua rundingan secara langsung.

    Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov turut menyatakan bahawa pertemuan secara peribadi antara Putin dan Zelensky hanya wajar diadakan selepas rundingan antara kedua-dua delegasi mencapai kemajuan yang ketara.

    Sebelum ini, Trump pernah menyatakan ‘Putin sudah gila’ setelah melancarkan serangan udara terbesar terhadap Ukraine. – Bernama/Tass

    Gabungan gambar bertarikh 12 Mei 2025 menunjukkan Putin (kiri) dan Zelensky. Trump sedia bertemu kedua-duanya. –Gambar fail AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda