Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump selar Bannon ‘gila’

    WASHINGTON, 4 Jan – Presiden AS, Donald Trump melepaskan pengecaman terhadap salah seorang sekutu politik rapatnya, menggambarkan bekas ketua strategi Rumah Putih, Steve Bannon sebagai ‘gila’ dan ‘tidak relevan’.

    Selepas mengeluarkan petikan dari sebuah buku baru yang mana Bannon dilaporkan menggambarkan mesyuarat anak lelaki sulung Trump bersama peguam yang mempunyai hubungan dengan Kremlin sebagai ‘pengkhianat’ dan ‘tidak patriotik,’ Trump tanpa membuang masa semalam terus membalas kritikan itu.

    Presiden Republikan itu mengeluarkan tindak balas yang dikritik walaupun oleh standard perdebatannya.

    “Steve Bannon tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan saya atau jawatan presiden saya. Apabila dia dipecat, dia bukan hanya kehilangan tugasnya, dia hilang akal,” kata Trump dalam kenyataan bertulis.

    Trump berkata Bannon yang membina hubungan mogul hartanah New York itu kepada nasionalis berhaluan kanan dan membantu mencipta sistem media yang pro Trump ‘hanya mementingkan dirinya sendiri.’

    Trump (kiri) menyelar Bannnon dan menggambarkan bekas ketua strategi Rumah Putih itu sebagai ‘gila’ dan ‘tidak relevan’. – AFP

    Media AS berkata Charles Harder, peguam bagi Trump, telah mengirimkan Bannon surat meletak jawatan yang mendakwanya melanggar persetujuan rahsia dengan bercakap kepada pengarang buku terbabit.

    Kemarahan Trump itu dibangkitkan dengan penerbitan petikan mengejutkan dari ‘Fire and Fury: Inside the Trump White House’ oleh Michel Wolff.

    Perincian yang diterbitkan oleh The Guardian dan majalah New York itu memetik Bannon pengkritik anak lelaki Trump, Donald Junior dan anak perempuan Ivanka.

    Bannon, meninggalkan Rumah Putih pada Ogos lalu, juga dipetik sebagai berkata bahawa penyiasatan dari pakar konsul, Robert Mueller terhadap campur tangan Rusia dalam pilihan raya 2016 akan menumpukan terhadap penggubahan wang haram.

    Penyiasatan oleh Muller, bekas pengarah FBI, menumpukan sama ada kempen Trump itu mempunyai pakatan bersama Rusia untuk membantunya dilantik, dakwaan yang berulang kali dan dinafikan sekeras-kerasnya oleh presiden. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda