Wednesday, October 9, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump serang kawan dan lawan

    WASHINGTON, 3 Feb – Presiden AS, Donald Trump meningkatkan perbalahannya ke atas dunia semalam, mengkritik rakan dan musuh walaupun ketika diplomat tertinggi barunya tiba untuk bertugas.

    Begitu juga Rusia, di mana Trump berharap untuk memperbaiki hubungan, tidak terselamat: duta besar AS ke PBB, Nikki Haley berkata sekatan akan terus kekal sehingga berakhir pendudukannya terhadap Ukraine.

    Trump juga kembali menentang Iran, jurucakapnya menegaskan “belum ada yang dihentikan di atas meja” apabila ditanya mengenai pilihan respons tentera terhadap ujian peluru berpandu terbaru Tehran.

    Rumah Putih meningkatkan sekatan ke atas Iran, beberapa jam selepas Penasihat Keselamatan Negara, Michael Flynn meletakkan Tehran “dalam notis” mengenai misil dan menyokong pemberontak Yaman.

    Sumber yang hampir dengan perancangan itu memberitahu AFP sekatan itu dilihat akan dikenakan ke atas individu atau entiti yang mempunyai hubungan kepada program peluru berpandu Iran dan dikenakan di bawah kuasa presiden yang ada.

    Trump kelmarin menyerang sekutu dan lawan negaranya mengenai isu-isu dunia yang semakin memuncak. – AFP
    Trump kelmarin menyerang sekutu dan lawan negaranya mengenai isu-isu dunia yang semakin memuncak. – AFP

    Trump sendiri berkata kebanyakan negara “mendapatkan kesempatan terhadap kita” dan juga mendakwa Australia cuba untuk menyelinapkan lebih dari seribu “penghijrah tidak sah” ke AS.

    Dan, untuk tidak berpuas hati dengan satu sekutu rapat, dia mengulangi dakwaannya bahawa persetujuan perdagangan NAFTA yang berusia 23 tahun dengan Mexico dan Kanada adalah “bencana” bagi ekonomi AS.

    Dan dalam pergolakan ini, semalam, ia akan membantunya membawa dasar luar AS beberapa tahun mendatang, Setiausaha Negara baru, Rex Tillerson.

    Pengusaha minyak Texas itu, 64, yang meninggalkan ketua eksekutif di ExxonMobil untuk datang ke Foggy Bottom, disambut di Jabatan Negara oleh sekitar 2,000 kakitangan.

    “Hai, saya orang baru,” dia memberitahu sekumpulan diplomat dan pekerja awam, sebelum mengucapkan terima kasih kepada mereka bagi perkhidmatan mereka dan menggariskan dasar gaya pengurusannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda