Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Trump serang pemandu, cuba sertai rusuhan Capitol

    WASHINGTON, 29 JUN – Bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dengan marah menerjah pemandu Perkhidmatan Rahsianya dan memegang stereng limosinnya untuk menyertai perarakan orang ramai semasa pemberontakan di Capitol, menurut keterangan seorang pembantunya kelmarin.

    Dalam beberapa keterangan yang paling ‘hangat’ dibicarakan setakat ini kepada jawatankuasa Dewan yang menyiasat keganasan itu, pembantu ketua kakitangan Trump Mark Meadows, Cassidy Hutchinson, berkata bahawa Trump telah menuntut untuk dibawa ke Capitol sejurus ucapannya berhampiran Rumah Putih.

    Trump menjadi berang apabila diberitahu bahawa ia adalah mustahil atas sebab keselamatan, dan dia cuba bergelut dengan Perkhidmatan Rahsia untuk mengawal kereta rasminya, Hutchinson memberi keterangan.

    “Saya seorang presiden, bawa saya ke Capitol sekarang,” bentak Trump, menurut Hutchinson, yang memberi keterangan bahawa cerita itu disampaikan kepadanya oleh pegawai pentadbiran lain. Trump yang menyaksikan perbicaraan tersebut di televisyen, cuba memburukkan Hutchinson menerusi rangkaian media sosialnya dan menolak kenyataan itu sebagai ‘cerita palsu’.

    Media AS kemudian melaporkan bahawa ejen Perkhidmatan Rahsia yang terlibat mungkin bersedia untuk memberikan kerjasama dan menafikan kete-rangan Hutchinson. – AFP

    Cassidy Hutchinson ketika memberi keterangan mengenai siasatan jawatankuasa pilihan Dewan terhadap serangan 6 Januari lalu di Capitol AS kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...