WASHINGTON, 10 Feb – Presiden Donald Trump menegaskan pendirian Washington terhadap dasar ‘Satu China’ semalam dalam perbualan pertama beliau dengan Xi Jinping, dalam usaha untuk mengurangkan ketegangan selepas menimbulkan kemarahan Beijing dengan mempersoalkan dasar utama hubungan Sino-AS.
Ketika dalam panggilan telefon dengan pemimpin China, presiden AS bersetuju untuk ‘menghormati’ pendirian yang mengakui Taiwan bukanlah berasingan dari China.
“Presiden Trump bersetuju, atas permintaan Presiden Xi, supaya menghormati dasar ‘Satu China’ kami”, menurut Rumah Putih dalam satu kenyataan, dengan menambah kata bahawa kedua-dua pemimpin telah menyampaikan jemputan untuk mengadakan pertemuan di negara masing-masing.” – AFP