Friday, June 28, 2024
30.1 C
Brunei

    -

    Trump sudah pilih calon gandingan dalam pilihan raya presiden

    WASHINGTON, 23 JUN – Bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, kelmarin, mendakwa beliau telah memutuskan calon gandingannya bagi pilihan raya presiden AS yang berlangsung pada November,  lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Ketika menjawab soalan pemberita mengenai calon gandingannya semasa berkempen di Philadelphia pada Sabtu Trump berkata beliau belum memaklumkan kepada sesiapa mengenainya.

    Beliau terlebih dahulu singgah di sebuah restoran stik, di mana beliau disambut meriah oleh penyokong selain menjawab beberapa soalan wartawan.

    Trump dan penyandang presiden, Joe Biden hampir pasti bertembung pada 5 November ini setelah mendapat pencalonan mencukupi daripada perwakilan parti masing-masing dalam pertandingan ulangan pilihan raya Presiden 2020.

    Biden, 81, bergandingan dengan Naib Presiden semasa, Kamala Harris, yang seperti beliau bergelut dengan penilaian populariti yang rendah.

    Trump, 78, telah membiarkan spekulasi tersebar selama berbulan-bulan mengenai siapa yang akan dipilih sebagai calon gandingannya.

    Sebelum lawatannya ke negeri Pennsylvania itu, Trump berkempen untuk mendapatkan undi semasa mesyuarat penganut Kristian Evangelis yang berpengaruh secara politik di ibu negara AS, Washington.

    Sementara itu, Biden menghabiskan hujung minggu di Camp David berhampiran Washington sebagai persiapan menghadapi debat pertama antara beliau dan Trump yang dijadualkan pada Khamis.

    Pencalonan Trump masih belum rasmi sehingga Konvensyen Parti Republikan di Milwaukee, Wisconsin, pada Julai manakala Parti Demokrat akan secara rasmi memilih calon mereka di Chicago pada Ogos. – Bernama

    Bekas Presiden AS dan calon presiden Republikan, Donald Trump bercakap pada perhimpunan di Philadelphia pada 22 Jun 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Seorang maut, bumbung runtuh di lapangan terbang Delhi

    NEW DELHI, 28 JUN - Sekurang-kurangnya seorang maut dan beberapa lagi cedera apabila sebahagian bumbung runtuh di lapangan terbang New Delhi pada hari ini,...

    Xi bertemu PM Vietnam