WASHINGTON, 1 OGOS – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kelmarin menandatangani perintah eksekutif meminda kadar tarif timbal balik bagi puluhan negara menjelang tarikh akhir perjanjian perdagangan pada 1 Ogos, lapor agensi Anadolu.
Menurut kenyataan Rumah Putih, perintah itu mengubah ‘kadar tarif timbal balik bagi beberapa negara tertentu demi menangani defisit perdagangan barangan tahunan AS yang semakin meningkat.’
“Tindakan tegas ini mencerminkan usaha berterusan Presiden untuk melindungi AS daripada ancaman asing terhadap keselamatan negara dan ekonomi dengan memastikan hubungan perdagangan yang adil, seimbang dan timbal balik demi manfaat para pekerja, petani dan pengeluar Amerika Syarikat serta memperkukuh asas industri pertahanan negara,” menurut kenyataan itu.
Kadar baharu akan berkuat kuasa pada 7 Ogos, memberikan ruang masa kepada perunding untuk memuktamadkan perjanjian. – Bernama


