Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump tangguh tarikh akhir TikTok sehingga 16 Disember

    ISTANBUL, 17 SEPT – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kelmarin menandatangani perintah eksekutif yang membolehkan TikTok terus beroperasi selama tiga bulan lagi sehingga 16 Disember, lapor agensi Anadolu (AA) memetik The Tech Portal.

    Keputusan itu diumumkan selepas tarikh akhir terdahulu dijadual tamat pada 17 September, menandakan penangguhan kali ketiga sejak sekatan mula dirancang berkuat kuasa pada 19 Januari, sehari sebelum Trump kembali ke pejabat presiden.

    Langkah dibuat susulan laporan bahawa Washington dan Beijing mencapai persetujuan awal mengenai masa depan operasi TikTok di AS.

    Walaupun butiran penuh belum didedahkan, pegawai AS berkata perjanjian itu akan memindahkan kawalan perniagaan TikTok di Amerika kepada kumpulan pelaburan yang diterajui syarikat-syarikat AS.

    Perjanjian dijangka dimuktamadkan selepas Trump dan Presiden China, Xi Jinping mengadakan perbualan telefon pada 19 September.

    Trump kelmarin turut berkata sekumpulan syarikat Amerika akan membeli platform media sosial TikTok selepas beliau mencapai persetujuan dengan China bagi mengelakkan aplikasi itu ditutup di AS. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 17 Mac 2023 menunjukkan ibu pejabat TikTok Inc. di Culver City, California. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda