Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump tarik diri daripada perjanjian perdagangan senjata

    WASHINGTON, 30 April – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin memaklumkan kepada Senat mengenai keputusannya menarik diri daripada Perjanjian Perdagangan Senjata (ATT), lapor agensi berita Xinhua.

    Menerusi sepucuk surat, Trump menyatakan perjanjian itu tidak memberikan sebarang kepentingan kepada AS.

    Perjanjian itu ditandatangani bekas Presiden Barack Obama pada 2013 dan dikemukakan kepada Senat pada 2016, namun Senat tidak pernah meratifikasinya.

    Rumah Putih dalam satu kenyataan berasingan pada Jumaat lalu, mengatakan perjanjian itu sebagai satu “kesilapan” serta menghalang keupayaan AS untuk menjual senjata kepada sekutu dan rakan-rakannya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda