Tuesday, February 25, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump tiba di China

    BEIJING, 8 Nov – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tiba di Beijing, Rabu petang untuk memulakan lawatan negara tiga hari ke China, lapor agensi berita Xinhua.

    Ia merupakan lawatan pertama Trump ke negara itu, sejak beliau mengambil alih jawatan presiden pada Januari, sekali gus menjadikan beliau ketua negara pertama yang melawat China sejak Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China.

    Semasa di Beijing, Trump dijadual mengadakan perbincangan dengan Presiden Xi Jinping, selain bertemu dengan pemimpin China lain.

    Kedua-dua pemimpin antara lain, dijangka berbincang mengenai isu-isu penting yang menjadi kebimbangan bersama untuk membina persetujuan baharu, meningkatkan persefahaman dan persahabatan, serta mempromosikan hubungan dua hala dalam semua bidang, kata wakil Menteri Luar Negeri, Zheng Zeguang.

    Donald Trump dan Melania Trump bersama Presiden China Xi Jinping dan isterinya Peng Liyuan semasa membuat lawatan di Kota Larangan, Beijing. Trump tiba di Beijing pada 8 November untuk meneruskan lagi jelajah Asia bagi membincangkan senjata nuklear Korea Utara. – AFP

    Selain aktiviti rasmi, acara tidak formal juga akan diaturkan untuk presiden kedua-dua negara, kata Zheng. Sebelum ini, Xi dan Trump pernah bertemu di Mar-a-Lago, Florida pada April dan di Hamburg, Jerman di luar sidang kemuncak G20 pada Julai.

    Tahun ini, menandakan ulang tahun ke-45 lawatan bekas Presiden AS, Richard Nixon ke China, yang memulakan normalisasi hubungan antara kedua-dua negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda