Sunday, February 23, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump tiba di Korea Selatan

    SEOUL, 7 Nov – Presiden Korea Selatan Moon Jae-in telah mengadakan lawatan mengejut ke pangkalan tentera Amerika Syarikat di sini, untuk menyambut ketibaan Presiden Donald Trump secara peribadi pada Selasa, satu langkah yang menonjolkan ikatan kedua-dua negara selama lebih 60 tahun, lapor agensi berita Yonhap.

    Lawatan mengejut itu dilakukan selepas Trump memulakan lawatan rasmi dua hari ke Korea Selatan di Kem Humphreys di Pyeongtaek, 70 kilometer di selatan Seoul, setelah tiba di Pangkalan Udara Osan.

    “Lawatan Presiden Trump ke Kem Humphreys adalah atas undangan kami,” kata seorang pegawai dari pejabat presiden di Cheong Wa Dae.

    Trump dijadual mendengar satu taklimat keselamatan sebelum mempengerusikan makan tengah hari untuk anggota perkhidmatan bersenjata Korea Selatan dan AS di pangkalan itu.

    Pegawai itu berkata Moon akan mengiringi rakan sejawatnya dari AS itu sepanjang lawatan beliau ke pangkalan tentera berkenaan.

    Mereka akan mengadakan sidang kemuncak dua hala yang ketiga di Cheong Wa Dae. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda