WASHINGTON, 12 JULAI – Donald Trump meluahkan rasa tidak percaya beliau terhadap mata wang kripto semalam, berkata ia ‘bukan wang’ dan mengingatkan mereka yang ingin menyertai perniagaan itu perlu mematuhi peraturan perbankan.
“Saya bukan peminat Bitcoin dan mata wang kripto lain, yang bukan wang, dan di mana nilainya amat tidak stabil dan berdasarkan pada keadaan,” tulis Trump di Twitter.
Beliau menambah mata wang kripto, dengan ciri-ciri elektroniknya menjadikan ia sukar dikesan, boleh melancarkan aktiviti haram. – Agensi