Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump ugut kenakan tarif baharu ke atas Jepun

    WASHINGTON, 1 JULAI – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kelmarin mengugut untuk menghantar surat kepada Tokyo dengan kadar tarif baharu, hanya beberapa hari sebelum tarikh akhir di mana kadar tarif lebih tinggi akan mula dikenakan semula terhadap puluhan rakan dagang termasuk Jepun.

    Kenyataan Trump di media sosial – berhubung apa yang dikatakannya sebagai keengganan Jepun menerima eksport beras dari AS – dibuat selepas penasihat ekonomi tertingginya turut memberi isyarat bahawa beberapa perjanjian perdagangan akan dimuktamadkan dalam beberapa hari akan datang.

    “Saya amat menghormati Jepun, tetapi mereka enggan mengambil BERAS kami, sedangkan mereka sedang menghadapi kekurangan beras yang besar,” tulis Trump di platform Truth Social miliknya.

    “Dalam erti kata lain, kami akan menghantar surat kepada mereka dan kami tetap menghargai mereka sebagai rakan dagang selama bertahun-tahun,” tambahnya.

    Awal bulan ini, Trump berkata dia akan memaklumkan negara-negara lain tentang kadar tarif baharu AS secara unilateral dengan menghantar surat yang menerangkan ‘apa syarat perjanjiannya’.

    Satu persatuan perdagangan industri beras AS menyatakan di laman webnya bahawa Jepun merupakan pasaran kedua terbesar bagi eksport beras kisar dari AS dari segi kuantiti. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda