Sunday, March 30, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump umum tarif 25 peratus kereta import masuk AS

    WASHINGTON, 27 MAC – Presiden Donald Trump mengumumkan tarif 25 peratus ke atas kereta yang diimport ke Amerika Syarikat dalam usaha merangsang industri automotif domestik, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    “Langkah ini akan terus merancakkan pertumbuhan seperti yang belum pernah awda saksikan sebelum ini,” katanya dalam pengumuman dari Pejabat Oval kelmarin.

    Tarif 25 peratus itu akan berkuat kuasa pada 2 April dan dikenakan ke atas semua kereta yang tidak dibuat di AS, bermakna pengeluar AS dengan model yang dihasilkan di luar negara turut terjejas di bawah skim berkenaan.

    Tarif itu merupakan antara siri levi terbaharu yang dikenakan presiden AS sejak memegang jawatan. Setakat ini, Trump telah mengenakan tarif 20 peratus ke atas semua import dari China serta tarif global 25 peratus ke atas produk keluli dan aluminium yang diimport.

    Pada Februari, Trump mengumumkan tarif menyeluruh 25 peratus ke atas semua import dari Kanada dan Mexico. Namun, beliau kemudiannya menangguhkan levi itu ke atas barangan dan perkhidmatan tertentu yang mematuhi Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA). – Bernama/dpa

    Presiden Donald Trump memberi isyarat selepas bercakap dalam satu majlis di Bilik Timur Rumah Putih,Washington kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda