WASHINGTON, 26 SEPT – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan kelmarin dengan mengenakan tarif ke atas farmaseutikal, trak besar, pengubahsuaian rumah dan perabot, menyambung semula perang perdagangan globalnya.
Pengumuman kelmarin adalah dasar perdagangan paling tegas oleh presiden sejak April lalu mendedahkan secara mengejut tarif timbal balik ke atas hampir setiap rakan dagangan AS di seluruh dunia.
“Mulai 1 Oktober, kami akan mengenakan tarif 100 peratus ke atas mana-mana produk farmaseutikal berjenama atau dilindungi, melainkan sebuah syarikat membina loji pembuatan farmaseutikal mereka di Amerika,” tulis Republikan itu di platform Truth Socialnya.
Tindakan itu dikritik oleh sekutu Amerika iaitu Australia, yang mengeksport produk farmaseutikal bernilai dianggarkan AS$1.35 bilion ke AS pada 2024, menurut Pangkalan Data Comtrade Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Menteri kesihatan Australia, Mark Butler berkata hari ini bahawa kadar yang lebih tinggi adalah bukan untuk kepentingan pengguna Amerika… memandangkan tahap di mana pengeksport mereka ke Australia juga mendapat manfaat daripada perdagangan bebas itu.
Dalam kenyataan berasingan, Trump menulis mengenai tarif 25 peratus ke atas semua trak besar yang dibuat di negara lain untuk menyokong pengeluar AS seperti Peterbilt, Kenworth, Freightliner, Mack Trucks dan lain-lain.
Syarikat asing yang bersaing dengan pengeluar itu di pasaran AS termasuk Volvo Sweden dan Daimler Jerman, termasuk jenama Freightliner dan Western Star.
Saham dalam kedua-dua buah syarikat itu turun dengan ketara selepas ia ditutup di Eropah. – AFP


