Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump undur diri jika Biden menang

    WASHINGTON, 27 NOV – Presiden Donald Trump untuk pertama kalinya kelmarin berkata bahawa beliau akan meninggalkan Rumah Putih jika Joe Biden secara rasmi disahkan sebagai pemenang pilihan raya Amerika Syarikat (AS), walaupun ketika beliau masih lagi memperjuangkan dakwaannya ke atas Biden terhadap undian yang tidak sah.

    Trump telah melakukan tindakan yang tidak pernah dilakukan sebelumnya untuk menentang keputusan pilihan raya dengan menolak untuk mengakui, mendakwa undian yang tidak sah dan mencabar perundangan mahkamah.

    Menjawab pertanyaan pertamanya dari wartawan sejak pungutan suara pada 3 November, Trump berkata beliau semakin hampir menerima hakikat bahawa beliau hanya akan menjalani satu penggal sahaja sebelum Biden dilantik pada 20 Januari.

    Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Rumah Putih jika badan pemilihan mengesahkan kemenangan Biden, Trump berkata, “Tentu saja saya akan melakukannya. Dan anda tahu itu.”

    Tetapi “jika mereka melakukannya, mereka melakukan kesalahan,” katanya, sambil menambah, “Ini akan menjadi perkara yang sangat sukar untuk diakui.

    “Saya fikir akan ada banyak perkara yang berlaku antara sekarang hingga 20 Januari nanti,” katanya.

    Badan pemilihan, yang menentukan pemenang Rumah Putih, akan bertemu pada 14 Disember untuk mengesahkan kemenangan Biden, dengan Biden meraih 306 undian dan Trump 232 undian. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda