Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    TSG optimis mampu kekal juara Asia

    KUALA TERENGGANU, 1 JUN – Pasukan berbasikal bertaraf dunia, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) optimis mampu mengekalkan gelaran nombor satu Asia dalam carta Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

    Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood berkata pasukannya mempunyai masa sekitar empat bulan untuk mengumpul mata sebelum kalendar UCI musim ini ditutup pada Oktober depan.

    Beliau berkata walaupun pasukannya berada di tangga keempat terbaik Asia ketika ini, ia tidak melemahkan sema-ngat pelumba untuk terus bangkit dan mengejar perbezaan 70 mata dengan pasukan Thailand yang menduduki takhta carta.

    “Kita tidak panik kerana masih ada banyak perlumbaan luar dan dalam negara yang akan disertai dalam masa terdekat dan sehingga hujung musim.

    “Untuk kejohanan dalam negara, kita masih ada Kejohanan Berbasikal Kebangsaan yang bakal berlangsung pada Julai dan perlumbaan berprestij 2.0, Le Tour de Langkawi (LtdL) yang dijangka 23 September depan,” katanya di sini.

    Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil (kanan) merangkap Pengarah Eksekutif Terengganu Pro-Asia Cycling Team beramah mesra bersama para media pada Majlis Meraikan Media bersama TSG malam tadi. – Bernama

    Che Ku Mohd Izmuddin berkata untuk kejohanan terdekat, enam pelumba TSG akan berkampung selama seminggu di Jepun untuk menyertai perlumbaan bertaraf 2.2 UCI iaitu Tour De Kumano.

    Katanya selain itu, lima pelumba lagi akan menggalas cabaran TSG di bumi Mauritius yang berlangsung dari 6 sehingga 11 Jun.

    “Para pelumba yang akan ke Jepun ialah Aiman Mohd Zariff, Jesse Ewart, Nur Amirul Fakhruddin Mazuki, Jerden Meijers, Jambaljants Sainbayar dan Metkel Eyob.

    “Ke Mauritius pula kita letakkan sandaran pada Shahmir Aiman Abd Halim, Anatoli Budiak, Zuladri Amin Zukurnain, Youcef Reguigui dan Shahrul Mat Amin,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...