Thursday, March 20, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tsitsipas tampilkan prestasi terbaik belasah Sinner

    MELBOURNE, 26 JAN – Stefanos Tsitsipas berkata bahawa dia sedang “berada dalam zonnya” selepas mencatatkan perlawanan terbaik semasa kejuaraan tersebut dan menewaskan Jannik Sinner serta mara ke pusingan separuh akhir kali ketiganya di Terbuka Australia hari ini.

    Pemain pilihan keempat dari Greece itu mempamerkan prestasi permainan terbaik untuk menewaskan pemain pilihan ke-11 dari Itali dengan keputusan 6-3, 6-4, 6-2 selama dua jam dan enam minit, serta mara ke pusingan separuh akhir menentang sama ada Daniil Medvedev atau Felix Auger-Aliassime.

    Itu adalah prestasi perlawanan yang menakjubkan dari pemain nombor empat dunia yang menguasai perlawanan suku akhir di Rod Laver Arena dan diteruskan dengan permainan servis pembukaan daripada Sinner ketika masa tambahan dan tidak melepaskan cengkamannya.

    Tsitsipas berkata permainan ‘lebih baik’ berbanding empat perlawanan sebelumnya semasa tahun pembukaan kejohanan utama.

    “Ia adalah yang paling konsisten dan perlawanan terbaik yang pernah saya mainkan dalam pertandingan,” kata Tsitsipas.

    “Saya berasa seperti berada dalam zon sendiri. Saya tidak mempunyai rancangan untuk keluar daripadanya. Ia adalah sebahagian daripada cara permainan saya.

    “Saya sangat bersemangat sehingga membawa prestasi terbaik saya hari ini, dan mencuba untuk meningkatkan tahap saya setinggi mungkin.”

    Malahan gangguan hujan yang turun memaksa bumbung stadium itu ditutup dan mengubah keadaan perlawanan pada awal set kedua mampu menjejaskan momentum Tsitsipas.

    Tsitsipas juga mendedahkan bahawa doktornya telah memberi amaran dia tidak akan pulih tepat pada masanya daripada pembedahan siku kanan pada akhir tahun lalu untuk bermain di Melbourne. – AFP

    Aksi Stefanos Tsitsipas membuat pukulan kilas kepada Jannik Sinner semasa perlawanan suku akhir pada kejohanan Terbuka Australia di Melbourne, 26 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda