Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Tsitsipas, Zverev mara suku akhir monte carlo

    MONTE CARLO, MONACO, 15 APRIL – Juara bertahan, Stefanos Tsitsipas dan pemain pilihan kedua, Alexander Zverev mengekalkan cabaran Monte Carlo Masters mereka di landasan betul dengan kemenangan straight set untuk mara ke suku akhir, kelmarin.

    Tsitsipas menewaskan Laslo Djere dari Serbia 7-5, 7-6 (7/1) manakala pemain pilihan kedua Zverev menewaskan pemain Sepanyol Pablo Carreno Busta 6-2, 7-5.

    Tsitsipas, pemain nombor lima dunia, akan menentang Diego Schwartzman untuk memburu tempat ke separuh akhir selepas pemain pilihan ke-12 dari Argentina itu menewaskan Lorenzo Musetti dari Itali 2-6, 6-4, 6-3.

    “Saya terpaksa mempamerkan persembahan yang sangat baik,” kata Tsitsipas, yang tewas dalam lima set kepada Novak Djokovic pada final Terbuka Perancis tahun lalu.

    “Laslo tidak memberikan saya kemenangan senang, tetapi saya cuba untuk kekal fokus 100 peratus.

    Reaksi Stefanos Tsitsipas semasa kejohanan Monte Carlo ATP Masters di Monaco. – AFP

    “Perlawanan penentu adalah penting dan saya gembira dapat menghasilkan tahap permainan seperti itu,” tambah pemain Greece berusia 23 tahun itu.

    Zverev, pemain nombor tiga dunia, seterusnya menentang pemain kesembilan Itali, Jannik Sinner yang tidak menghiraukan kaki melecet untuk menewaskan pilihan kelima Andrey Rublev, naib juara tahun lalu, 5-7, 6-1, 6-3.

    “Untuk perlawanan kedua di dalam gelanggang pada musim ini, saya tidak boleh merungut terlalu banyak,” kata Zverev, pemain pilihan kedua.

    “Ya, saya telah kehilangan sedikit fokus pada set kedua, tetapi pada penghujung hari, dia adalah seseorang yang benar-benar boleh bermain. Saya gembira dengan kemenangan dua set itu.”

    Zverev terlepas peluang pada servisnya tetapi menukar lima daripada 14 mata penamat untuk mara ke suku akhir Monte Carlo buat kali kedua dalam penampilan keenamnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...