Thursday, December 19, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    TSMC, NXP bina kilang AS$7.8 bilion di Singapura

    TAIPEI, 6 JUN – Anak syarikat semikonduktor Taiwan, Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) baru-baru ini telah menjalin kerjasama dengan pembuat semikonduktor Belanda, NXP dalam usaha untuk membina sebuah kilang baharu bernilai AS$7.8 bilion di Singapura.

    Kilang tersebut dijangka akan menghasilkan pemproses untuk pasaran akhir kereta dan peranti mudah alih.

    TSMC menguasai lebih separuh daripada pengeluaran mikrocip global – penjana ekonomi moden dunia – semikonduktor digunakan dalam segala-galanya daripada telefon pintar kepada kereta dan peluru berpandu.

    Unit TSMC, Vanguard International Semiconductor Corporation, akan menyuntik AS$2.4 bilion ke dalam VisionPower Semiconductor Manufacturing Company, manakala NXP akan menyediakan AS$1.6 bilion untuk ekuiti selebihnya.

    Kedua-dua syarikat masing-masing juga akan menyumbang AS$1.9 bilion untuk ‘menyokong infrastruktur kapasiti jangka panjang’, dengan ‘pembiayaan selebihnya termasuk pinjaman akan disediakan oleh pihak ketiga kepada kerjasama tersebut’.

    “Teknologi proses asas dirancang dilesenkan dan dipindahkan ke usaha sama daripada TSMC,” kata mereka, kelmarin.

    Presiden dan Ketua Eksekutif NXP, Kurt Sievers, berkata,”NXP terus mengambil tindakan proaktif untuk memastikan ia mempunyai asas pembuatan yang menyediakan kos yang kompetitif, kawalan bekalan dan ketahanan geografi untuk menyokong objektif pertumbuhan jangka panjang.”

    Pengerusi Vanguard, Leuh Fang, pula menyatakan projek tersebut menunjukkan komitmen syarikatnya untuk ‘memperluas keupayaan pembuatan’. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda