Thursday, October 17, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    TSMC Taiwan catat keuntungan mendadak

    TAIPEI, 17 OKT – Syarikat cip gergasi Taiwan, TSMC mengumumkan keuntungan lebih besar daripada jangkaan untuk suku ketiga dan terus meramalkan pertumbuhannya tahun ini kerana permintaan yang ‘amat teguh’ untuk teknologi AI.

    TSMC mengawal lebih daripada separuh keluaran cip dunia dalam pelbagai kegunaan daripada iPhone Apple kepada perkakasan kecerdasan buatan (AI) termaju Nvidia.

    TSMC yang disenaraikan di Taipei dan New York — berkata keuntungan bersih dalam tempoh tiga bulan hingga September mencecah AS$10.1 bilion meningkat 54.2 peratus daripada tempoh yang sama tahun lepas.

    Keuntungan dalam tempoh itu meningkat 36 peratus ke tahun kepada AS$23.5 bilion, kata firma itu dalam satu kenyataan.

    Pengerusi TSMC, CC Wei berkata permintaan berkaitan AI daripada pelanggan adalah ‘amat teguh’.

    “Perniagaan kami pada suku ketiga disokong oleh telefon pintar yang kukuh dan permintaan berkaitan AI untuk teknologi tiga nanometer dan lima nanometer kami,” kata Wei dalam taklimat.

    “Melangkah ke suku keempat, kami menjangkakan perniagaan kami akan terus disokong oleh permintaan kukuh untuk teknologi proses termaju kami.”

    TSMC berkata ia menjangkakan pendapatan setahun penuh meningkat hampir 30 peratus.

    Syarikat terbesar Taiwan meningkatkan ramalannya untuk keuntungan tahun 2024 pada bulan Julai, menekankan jangkaan untuk perbelanjaan berterusan untuk infrastruktur AI daripada syarikat seperti Microsoft dan Amazon.

    “Permintaan (untuk AI) adalah benar dan saya percaya ia hanya permulaan permintaan ini. Ia akan berterusan selama bertahun-tahun, “ tambah Wei.- AFP

    Gambar Unsplash

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda