Sungai-sungai Kush, Hindu yang dahulunya bersih sehingga ke kawasan Islamabad akhirnya dipenuhi dengan plastik-plastik sampah berikutan dengan kurangnya inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kesedaran awam dalam mendidik masyarakat tentang pengurusan sisa sampah.
Menurut Persatuan Pengilang Plastik Pakistan, masalah utama tersebut berpunca daripada pengunaan beg plastik. Penduduk-penduduk di negara itu telah menggunakan sekitar 55 bilion plastik setiap tahun.
Beberapa negara termasuk 120 negara yang melaksanakan beberapa larangan penggunaan bentuk plastik tunggal telah dikejutkan dengan isu pengunaan plastik sehingga menjejaskan kebersihan di kawasan pantai, sekali gus menimbulkan kesan bahaya kepada nyawa kehidupan marin.
Pakistan merupakan antara 120 buah negara itu tetapi mereka masih bergelut dalam hal penguatkuasaan. Negara itu tiada dasar kebangsaan yang padu dan usaha serantau sering menemui kegagalan untuk menekankan kepentingan untuk menangani masalah pengunaan plastik. Tambahan lagi, ramai penduduk di kawasan luar bandar tidak mengetahui betapa bahayanya plastik tunggal yang boleh menjejaskan alam sekitar.
“Berjuang untuk alam sekitar? Kami tidak tahu mengenainya,” Kata Mohammad Tahir, seorang jurujual yang menggunakan plastik membungkus sayur-sayuran untuk para pelanggannya.

Lelaki berusia 42 tahun dari daerah pergunungan Chitral, pertama kali membuat larangan dalam penggunaan beg tersebut pada dua tahun yang lalu, tetapi hanya dengan usaha yang sedikit.
“Saya menyukai beg plastik,” kata seorang penduduk bernama Khairul Azam semasa membeli-belah di pasar tempatan.
“Selepas pulang ke rumah, saya membuang plastik itu… saya tahu bahawa ia adalah salah tetapi kami tidak mempunyai tempat sisa pembuangan sampah di kawasan kami,” tambahnya.
Sebaliknya, sampah sarap telah dibuang di jalanan dan lereng-lereng bukit yang menyebabkan beberapa aliran sungai yang mengalir ke Sungai Indus tersumbat, kini menjadi sungai kedua paling tercemar di seluruh dunia di bawah Sungai Yangtze, China menurut kajian daripada Pusat Penyelidikan Alam Sekitar Helmholtz, Jerman.
Banyak plastik terdampar di kawasan pantai Arab, di mana pembentung pelabuhan bandar Karachi membuang sisa-sisa sampah di tempat itu.
Selain itu, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), satu beg plastik boleh membunuh satu juta ekor burung, ratusan ribu kehidupan marin seperti mamalia dan kura-kura, termasuk ikan-ikan yang tidak diketahui jumlahnya.
Pihak berkuasa di Pakistan menyatakan jumlah plastik yang digunakan telah meningkat sebanyak 15 peratus setiap tahun.
Pilihan untuk mengitar semula amat terhad dan pelupusan sampah sering disalahgunakan walaupun jumlah besar sampah selalu dibakar di tepi jalan.
“Plastik tidak akan merosot. Ia hanya akan menjadi serpihan yang lebih kecil,” kata Hassan Sipra, penyelidik alam sekitar.
“Haiwan akan memakannya dan anda memakan haiwan, selepas itu ia akan membawa kepada masalah hati yang tidak berfungsi, kencing manis dan cirit-birit. Tetapi oleh sebab ia sangat murah dan mudah, ramai yang tidak melihat kesannya terhadap kesihatan.
“Kami pasti tidak akan menggunakan secawan teh tanpa isinya. Anda tidak akan dapat menjual apa-apa tanpa beg plastik. Ia dianggap sebagai hinaan,” katanya.
Di Chitral, tahun 2017, pihak berkuasa pertama kali mencuba melaksanakan larangan penggunaan beg plastik, tetapi berdepan dengan kritikan akibat kesan alam sekitar di kawasan tersebut.
Pihak berkuasa juga telah membantu dalam kempen kesedaran alam sekitar di sekolah-sekolah, menurut salah seorang pegawai daerah.
Namun, banyak kedai masih tidak menggunakan beg biodegradasi dan larangan terhadap penggunaan plastik masih sama.
“Kerajaan tempatan tidak tulus melakukannya,” kata Shabir Ahmad, pengerusi kesatuan pedagang Chitral.
Beliau menjelaskan, “mereka tidak menyelidiki kawasan pasar. Mereka tidak mendenda penjaga kedai itu.”
“Saya boleh sahaja merampas semua beg plastik dalam masa satu jam. Tetapi apakah alternatifnya?” kata Khurshid Alam Mehsud, pegawai pentadbiran di daerah Chitral, yang memerlukan masa untuk menangani masalah itu.
Kerajaan-kerajaan di daerah Sindh dan Khyber Pakhtunkhwa bersama pihak berkuasa di Lahor telah mengeluarkan larangan yang sama, tetapi hanya sedikit sahaja yang berubah kerana kekurangan penguatkuasaan undang-undang.
Walau bagaimanapun, kerajaan Perdana Menteri Imran Khan telah lama berikrar untuk menjadikan masalah alam sekitar ini sebagai keutamaan dengan harapan untuk mengurangkan bahan plastik sebesar tsunami, kata Menteri Perubahan Iklim, Malik Amin Aslam.
Menjelang 14 Ogos, beg plastik akan dilarang sama sekali di ibu kota Islamabad, dan jika bersalah, akan dikenakan hukuman denda yang berat.
“Pengunaan plastik harus dihentikan di negara Pakistan,” kata Aslam yang berharap larangan di Islamabad akan dijadikan sebagai contoh untuk seluruh negara yang lain.
Beberapa penjaga kedai berkata kepada AFP bahawa Islamabad akan bersedia untuk rancangan itu. Tetapi penjaga kedai yang lain masih tidak tahu mengenai langkah baharu itu. Aslam berkata “ini merupakan masalah kesihatan, ekonomi dan alam sekitar yang seharusnya kita hindari atau dibuang.” – AFP