Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    TTX Eksesais Perisai Kebangsaan labuh tirai

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MEI – Table-Top Exercise (TTX) Eksesais Perisai Kebangsaan (EPK) 05/2024-25 yang diadakan selama dua hari bermula 7 hingga 8 Mei telah berjaya dilaksanakan dengan acara penutup yang berlangsung di Dewan Bankuet, Mess Pegawai Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Pemangku Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Sulaiman bin Alidin.

    Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammad Siafullah bin Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris; Ketua Maktab Turus, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, 540 Leftenan Kolonel (U) Awang Muhammad Amiruddin bin Haji Awang Tuah selaku Timbalan Pengarah Eksesais, ketua-ketua jabatan serta para peserta dari pelbagai agensi berkepentingan.

    Dalam ucapan penutupnya, 540 Leftenan Kolonel (U) Awang Muhammad Amiruddin memaklumkan TTX telah membuka ruang bagi setiap peserta dari pelbagai kementerian dan agensi dalam menilai, memperbaiki dan menyelaraskan keupayaan negara dari sudut strategik, operasi dan taktikal.

    TTX juga memberi ruang dalam menilai keupayaan negara dalam menangani krisis berasaskan senario sebenar dan bagaimana koordinasi antara agensi memainkan peranan penting dalam memastikan tindak balas yang berkesan dan menyeluruh.

    Sesi After Action Review dirancang untuk diadakan dalam masa terdekat bagi mengongsikan penilaian secara menyeluruh pelaksanaan TTX yang telah diadakan selama dua hari sebagai usaha penambahbaikan di masa akan datang.

    540 Leftenan Kolonel (U) Awang Muhammad Amiruddin menyampaikan ucapan dalam majlis berkenaan.
    Atas & Bawah: Antara aktiviti semasa acara berkenaan

    Sesi bergambar ramai semasa acara berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JPM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda