Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tuah Kee Wei Liang

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Kee Wei Liang muncul pemenang hadiah utama bagi Promosi Top Spender Bank Baiduri buat dua tahun berturut-turut pada satu majlis penyampaian hadiah yang diadakan di cawangan Kiarong bank tersebut hari ini.

    Kee Wei Liang membawa pulang hadiah berupa pakej perjalanan dibiayai penuh untuk dua orang bagi merasai pengalaman menyaksikan perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) antara Manchester United dan Inter Milan di Singapura.

    “Saya tidak percaya bahawa saya menang lagi! Saya benar-benar menikmatinya tahun lepas dan saya tidak sabar untuk menikmati pengalaman hebat itu sekali lagi tahun ini. Terima kasih Bank Baiduri,” katanya Kee Wei Liang semasa ditemu bual.

    Sementara itu hadiah saguhati berupa 10,000 Royal Skies Miles turut disampaikan kepada lima pemenang lain.

    Kejohanan ICC merupakan kejohanan pra musim global berprestij di mana ia disaksikan oleh lebih 140 juta orang dari 170 buah negara di seluruh dunia.

    Kejohanan itu akan menampilkan sejumlah besar pasukan, perlawanan dan venue dalam sejarah kejohanan di mana 18 buah kelab terbaik dunia akan bermain 27 perlawanan di seluruh Amerika Syarikat, Eropah dan Singapura.

    Selain Man United dan Inter Milan, pasukan-pasukan hebat seperti Juventus dan Tottenham Hotspur juga akan beraksi di Singapura tahun ini.

    Kee Wei Liang bersama para pemenang lain ketika menerima hadiah bagi Promosi Top Spender Bank Baiduri.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda