Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Walaupun menjadi peserta kedua untuk memilih kotak di pusingan akhir, namun pilihan Dayang Siti Nurqashmi binti Haji Jamin membawa tuah baginya apabila memenangi sebuah kereta Kia Sportage EX dalam acara cabutan utama Celebrating Raya with Kia yang diadakan di Dewan Pameran Kia, Beribi, hari ini.
Semasa acara cabutan utama berkenaan, seramai 20 orang pemenang bertuah yang disenarai pendek berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik bagi promosi anjuran Grand Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif kenderaan Kia di Negara Brunei Darussalam.
Promosi berkenaan telah berlangsung dari 1 Mac hingga 31 Mei lalu di mana ia menawarkan pelanggan-pelanggan Kia peluang untuk memenangi hadiah termasuk hadiah utama, Kia Sportage EX.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Sabtu/Ahad.