PARIS, 24 APRIL — Marseille memerlukan gol sendiri bertuah bagi melanjutkan rekod tanpa kalah di tempat sendiri kepada 11 perlawanan pada hari ini ketika ia bekerja keras untuk menang 2-1 menentang Lyon dan kembali ke tangga kedua liga Perancis.
Juara Perancis sembilan kali itu mempunyai rekod terbaik di tempat lawan pada musim ini, hanya sekali tewas dalam 16 perlawanan. Kekalahan di tangan pendahulu, PSG itu berlaku pada bulan Oktober dan Marseille tidak tewas dari stadium Velodrome sejak itu.
Dengan berbaki enam perlawanan, Marseille merampas semula tempat naib juara dengan bergerak satu mata di atas Lens. PSG mendahului lapan mata di puncak.
Cengiz Under memecah kebuntuan buat pelawat sejurus sebelum rehat dan penyerang Lyon, Alexandre Lacazette menyamakan kedudukan pada minit ke-67.
Marseille mencipta beberapa peluang selepas rehat tetapi kurang kecekapan setelah permainan kelihatan bersedia untuk berakhir de-ngan kebuntuan.
Namun nasib menyebelahi pelawat, dan gol sendiri daripada Malo Gusto memastikan tiga mata penting untuk Marseille dalam perlumbaan untuk tempat kedua automatik Liga Juara-juara.
Dengan permainan memasuki dua minit masa kecederaan, Lyon gagal menyelamatkan hantaran lintang Issa Kabore. Bola itu mula-mula dialihkan ke arah tiang jauh, di mana Sinaly Diomande menendang bola keluar dan merembat terus ke arah rakan sepasukan, Gusto, yang menyebabkan bola melantun ke dalam gawang. – AP


