LOS ANGELES, 30 MAC – Tuala Kobe Bryant yang sering digunakan di bahunya ketika ucapan perpisahannya selepas pertandingan terakhir Liga Bola Keranjang Kebangsaan yang lalu telah dijual dengan harga AS$33,000, kata media AS kelmarin.
Dengan tuala itu sering digunakannya untuk membantu mengelap peluhnya, bintang Los Angeles Lakers mengakhiri ucapannya dengan kata-kata ‘Mamba Out.’
Tuala tersebut berakhir di tangan seorang peminat ketika Bryant berjalan keluar dari gelanggang dan kemudian dijual beberapa kali sebelum dilelong dalam talian baru-baru ini.
Tawaran yang memenangi bidaan itu berharga AS$33,077. Pembeli juga menerima dua tiket terpakai pada perlawanan 13 April, 2016 permainan Lakers yang lalu.
Bryant menjaringkan 60 mata dalam kemenangan Lakers 101-96 ke atas Utah Jazz malam itu.

Jeff Woolf, presiden Iconik Auction, memberitahu bahawa pembida yang menang itu terkenal dengan koleksi memorabilia Lakers yang sangat besar.
“Dia seorang penyokong Lakers,” kata Woolf.
“Rancangan jangka panjangnya adalah untuk mewujudkan muzium di selatan California.”
Bryant meninggal dunia pada Januari lalu pada usia 41 tahun dalam kemalangan helikopter berhampiran Los Angeles yang membunuh lapan orang lain, termasuk anak perempuannya, Gianna.
Keseluruhan kerjaya Bryant di NBA selama 20 tahun adalah bersama Lakers.
Mendiang menjulang kelab itu dengan lima gelaran NBA.
Mendiang juga telah memenangi anugerah 18 kali NBA All-Star dan Pemain Terbaik NBA 2008 dan turut membantu Amerika Syarikat menawan emas Olimpik pada 2008 di Beijing dan 2012 di London. – AFP