Oleh Daniel Lim – BELAIT, 7 FEB – Pemimpin akar umbi dan ahli majlis perundingan mukim dan kampung dari seluruh Daerah Belait telah menyertai beberapa siri taklimat dan dialog anjuran Bahagian Hidupan Liar (BHL) di Jabatan Perhutanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) yang diadakan di Dewan Bandaran, Jalan Bunga Raya, Kuala Belait hari ini.