Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tuchel beri amaran

    SUZHOU, 31 JULAI – Jurulatih Paris Saint-Germain Thomas Tuchel memberi amaran kepada skuadnya bahawa mereka harus bersama-sama dan ‘berkorban’ selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas Sydney FC di China, kelmarin.

    Jurulatih dari Jerman itu bercakap sehari selepas midfield Julian Draxler memberitahu AFP bahawa ‘ego’ Neymar dan bintang penyerang Perancis yang lain tidak selalu memudahkan pasukan.

    Tuchel berada di bawah tekanan untuk membawa PSG jauh melangkah dalam Liga Juara-Juara pada musim yang akan datang, sementara kejayaan mempertahankan gelaran Ligue 1 hampir menjadi kebiasaan.

    Tuchel yang enggan mengulas mengenai masa depan Neymar berkata dia tiada ‘berita’ selepas dengan jelas menyatakan bahawa dia mahu kembali ke Barcelona.

    Bagaimanapun Tuchel terus terang mengenai apa yang dia mahu dari skuadnya yang penuh bintang yang pasti lebih meriah dengan kedatangan midfield Everton Idrissa Gueye.

    Dengan PSG menentang Rennes di Trophee des Champions di Shenzhen Sabtu ini, Tuchel berkata, “Kami perlu bersedia, masih ada banyak perkara untuk diperbaiki.

    Kylian Mbappe sebelum ini sekali lagi menjadi bintang persembahan PSG apabila berjaya menjaringkan gol pertama yang menarik perhatian di Suzhou.

    Pasangannya Edinson Cavani juga menjaringkan gol pada babak pertama sebelum pemain gantian Metehan Guclu menjaringkan gol menerusi tendangan pintar seminit sebelum tamat. – AFP

    Tuchel memberi arahan kepada pemainnya semasa menentang Sydney FC di Stadium Pusat Olimpik Suzhou, China, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda