Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    TUDM-Jepun bincang kerjasama HADR

    NEW DELHI, 13 FEB – Tentera Udara Malaysia dan Jepun pada Isnin membincangkan kerjasama dalam bidang bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR) serta mengenai pengukuhan hubungan menerusi perkongsian ilmu.

    Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan bertemu Ketua Turus Angkatan Pertahanan Udara Jepun Leftenan Jeneral Takuto Ogasawara, di bandar Bangalore, serta menyaksikan pertunjukan pesawat udara.

    Rundingan kedua-dua pemimpin tentera itu meliputi kerjasama dua hala dalam HADR dan pertukaran pakar kandungan (SMEE), kata seorang pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada Bernama.

    Pameran pertahanan dan aeroangkasa dwitahunan Aero India yang diadakan selama lima hari di Stesen Tentera Udara Yelahanka di Bangalore dirasmikan oleh Perdana Menteri Narendra Modi hari ini dan telah menarik kira-kira 800 peserta pameran termasuk 100 syarikat asing. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...