Friday, March 7, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tuduhan rasuah: Bekas Menteri Perdagangan Indonesia didakwa

    JAKARTA, 6 MAC – Bekas Menteri Perdagangan Indonesia, Thomas Lembong dihadapkan ke mahkamah hari ini bagi perbicaraan pertama kes rasuah membabitkan penyalahgunaan permit import gula hingga menyebabkan kerugian negara sehingga IDR 578.15 bilion.

    Thomas didakwa melanggar beberapa peruntukan undang-undang berkaitan makanan, perdagangan dan perlindungan petani sepanjang tempoh 2015-2016.

    Menurut hujah pendakwa yang dibacakan dalam sesi perbicaraan terbuka dan disiarkan di televisyen, permit import gula itu dikatakan bercanggah dengan dasar perdagangan negara serta peraturan keterjaminan makanan.

    Tindakan itu didakwa mengakibatkan lambakan bekalan gula di pasaran tempatan, menurunkan harga jualan serta memberi kesan negatif kepada pendapatan petani.

    Di Indonesia, gula dikategorikan sebagai barangan kawalan dan sebarang import perlu mengambil kira tahap pengeluaran domestik serta kestabilan harga.

    Peguam pembela Thomas mengemukakan bantahan rasmi terhadap pertuduhan yang dibacakan di mahkamah.

    Turut hadir ialah bekas Gabenor Jakarta, Anies Baswedan yang menyatakan kehadirannya sebagai tanda sokongan terhadap tertuduh. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda