Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Tugas sukar menanti Melaka United 

    PETALING JAYA, 5 SEPT – Pasukan bola sepak wanita Melaka United bakal berhadapan saingan sengit dalam kejohanan bola sepak wanita Piala Tun Sharifah Rodziah 2022 yang akan membuka tirainya esok di JSA Arena Setia Alam, Shah Alam.

    Ini kerana juara Piala Tun Sharifah Rodziah edisi 2019 itu, diundi dalam Kumpulan A bersama pasukan Pulau Pinang dan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Pahang, yang masing-masing merupakan juara Zon Utara dan Zon Tengah pada Liga Wanita Nasional (LWN), dalam satu majlis undian berlangsung hari ini.

    Selain tiga pasukan itu, skuad Sabah turut tersenarai dalam Kumpulan A.

    Mengakui kedua-dua pasukan itu merupakan saingan sengit buat skuad Melaka, Ketua Jurulatihnya S. Ganesan Pillay bagaimanapun optimis, skuad kendaliannya mampu mempertahankan gelaran juara piala wanita berprestij itu.

    Beliau berkata keputusan undian itu adalah seimbang, meskipun Melaka merupakan satu-satunya naib juara tunggal dalam saingan LWN sebelum ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...