MUMBAI – Adakah ia sebagai satu penghormatan kepada legenda tempatan atau penyalahgunaan wang yang dipandang aneh? Keputusan untuk membina tugu peringatan tertinggi di dunia di luar pantai Mumbai telah membahagikan bandar itu.
Tetapi masyarakat tradisional Koli, yang bergantung kepada penangkapan ikan sebagai mata pencarian mereka, takut akan terjejas teruk akibat pembinaan yang dilakukan, memberi ancaman kepada hasil pencarian mereka (tangkapan ikan) yang sudah wujud berkurun lamanya.
India memperuntukkan 36 bilion rupee (AS$530 juta) pada tugu peringatan seorang pahlawan terkenal abad ke-17, Raja Chhatrapati Shivaji, yang telah mencetuskan kontroversi terhadap pembinaannya. Perdana Menteri Narendra Modi telah meletakkan batu asas tapak itu pada bulan Disember lalu.
Berketinggian 190 meter, dua kali ganda dari ketinggian America’s Statue of Liberty dan hampir 40 meter lebih tinggi daripada tugu peringatan tertinggi di dunia yang terkini – sebuah patung Buddha di China.
Masyarakat nelayan Koli, penduduk asal Mumbai berkata keputusan untuk membinanya di kawasan berbatu, beberapa kilometer di luar pantai, membayangkan sesuatu yang buruk yang akan mencemari kehidupan tradisonal mereka.


“Tempat pembiakan ikan akan musnah,” kata Krishna Tandel kepada AFP, yang sedang membersihkan jaringnya di Teluk Machhimar Nagar, yang terletak di belakang bangunan tinggi di daerah kewangan selatan Mumbai.
Projek ini telah membahagikan pusat komersial India dan menonjolkan sebuah politik yang obses dengan tugu-tugu atau patung-patung di negara ini dimana beberapa parti atau pihak berusaha bagi menyebar luaskan identiti serantau dengan pembinaan patung-patung atau tokoh-tokoh sejarah berskala besar.
Para penyokong mengatakan bahawa tugu peringatan itu adalah satu penghormatan dan wira bagi kebanyakan penduduk setempat di negeri Maharashtra, yang mana ibu negaranya adalah Mumbai. Shivaji menentang atau berperang empayar Muslim Mughal, seorang yang dihormati oleh kasta Maratha.
Pihak lawan menegaskan ia adalah satu pembaziran wang dimana penggunaan wang itu seharusnya digunakan sebaiknya dalam meningkatkan kesihatan, pendidikan dan infrastruktur di kawasan metropolis yang kaya dengan ikan, mempunyai lebih daripada 20 juta orang penduduk.
Satu petisyen di laman web change.org menentang dengan pembinaan tugu gangsa itu, sebuah tugu menyerupai Shivaji mengacukan pedangnya yang sedang menunggang kuda, yang kini telah menerima hampir 43,000 tandatangan.
Kira-kira 2,000 nelayan, yang kebanyakannya tinggal di kawasan setinggan sekitar Machhimar Nagar, mengendalikan 350 bot daripada sebuah teluk yang indah, menangkap pelbagai jenis ikan untuk dijual di pasaran bagi menampung kehidupan keluarga.


Para penduduk mengatakan gangguan daripada pembinaan ini akan menghapuskan stok pendapatan tangkapan mereka – termasuk ikan bawal, ikan kembung Bombay, ikan seer, udang dan ketam – sementara kesibukan laluan feri pelancong dari tiga terminal akan menyekat akses ke laut dan mengganggu corak gelombang.
“Kami telah menangkap ikan untuk beberapa generasi. Ia adalah perniagaan kami dan kini kehidupan kami menjadi pertaruhan,” kata Tandel berusia 32 tahun, menuntut tugu itu dibina di atas tanah.
Ahli alam sekitar bersetuju bahawa projek itu, yang dijangka siap menjelang 2021, akan menyebabkan kerosakan yang besar kepada ekosistem marin yang masih aktif.
“Terdapat adanya kepelbagaian ikan-ikan, fauna dan invertebrata di sana. Tangkapan ikan, kumbahan, dan arus pasang surut akan berubah,” kata ahli biologi hidupan liar Anand Pendharkar kepada AFP.
“Ia akan memberi kesan kepada makanan asas di bandar ini, ia akan memberi kesan kepada ekonomi. Ia akan mempunyai sejumlah kerosakan yang besar.”
Pengkritik mempersoalkan mengapa Mumbai memerlukan statut mewah sebegitu apabila bandar itu sudah mempunyai beberapa memorial Shivaji yang lebih kecil. Lapangan terbang di bandar ini, stesen kereta api utama dan muzium juga dinamakan sempena wira Hindu, juga terdapat sebuah Taman Shivaji. – AFP