Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tujuh askar Pakistan terbunuh, kenderaan dibom

    ISLAMABAD, 10 JUN – Tujuh askar Pakistan terbunuh kelmarin apabila kenderaan mereka dibom di wilayah barat laut bersempadan dengan Afghanistan, menurut keterangan tentera.

    Enam anggota lelaki dan seorang pegawai terkorban akibat ‘alat letupan buatan’ di daerah Lakki Marwat di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, kata tentera dalam satu kenyataan.

    Seorang pegawai kanan polis yang ditempatkan di Lakki Marwat memberitahu AFP bahawa “letupan itu memusnahkan kenderaan itu sepenuhnya”.

    “Kami telah menerima maklumat bahawa kenderaan itu diserang selepas letupan itu,” tambahnya.

    Pergunungan Khyber Pakhtunkhwa telah lama menjadi sarang bagi kumpulan pejuang Islam termasuk Taliban Pakistan dan bahagian tempatan kumpulan Negara Islam.

    Gambar Canva

    “Lakki Marwat adalah salah satu daerah di Khyber Pakhtunkhwa yang paling terjejas oleh keganasan,” pegawai kanan polis itu memberitahu AFP.

    Tiada kumpulan segera mengaku bertanggungjawab atas serangan kelmarin.

    Taliban Pakistan yang dikenali sebagai Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) merupakan kumpulan pejuang islam yang paling aktif di kawasan itu dan kerap menyasarkan pasukan keselamatan.

    Serangan telah meningkat di Pakistan sejak Taliban kembali berkuasa di negara jiran Afghanistan pada Ogos 2021.

    Tahun lepas, 29 serangan bom berani mati telah dilaporkan, jumlah terbanyak sejak 2014 yang meragut nyawa 329 orang, menurut Institut Kajian Konflik dan Keselamatan Pakistan.

    Islamabad menuduh pemerintah baharu Kabul gagal menumpaskan pejuang yang berlindung di bumi Afghanistan ketika mereka bersedia untuk melancarkan serangan ke atas Pakistan.

    Kerajaan Taliban telah berulang kali menafikan dakwaan itu, dan berkata ia tidak akan membenarkan wilayah Afghanistan menjadi tuan rumah bagi pejuang asing.

    Bagaimanapun penganalisis berkata TTP berkongsi garis keturunan dan ideologi yang sama dengan Taliban Afghanistan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...