INDIANAPOLIS, 1 APRIL – Tujuh remaja berusia antara 12 dan 17 tahun cedera dalam kejadian tembakan di luar sebuah pusat beli-belah di pusat bandar Indianapolis malam Sabtu lalu, kata polis.
Pegawai polis yang meronda di kawasan itu mendengar tembakan dilepaskan berhampiran Pusat Beli-Belah Circle sejurus selepas 11:30 malam, kata Timbalan Ketua Polis Metropolitan Indianapolis, Tanya Terry.
Para pegawai menemui ‘sekumpulan remaja’ di tempat kejadian, termasuk enam orang yang mengalami luka tembakan yang kemudiannya dibawa ke hospital berhampiran, kata Terry semasa taklimat berita di tempat kejadian, kelmarin.
Seorang daripada mangsa telah dikemaskini daripada kritikal kepada keadaan stabil. Mangsa lain kesemuanya disenaraikan dalam keadaan stabil, kata Terry, yang tidak dapat memaklumkan jantina mangsa.
Remaja ketujuh dengan luka tembakan tiba secara berasingan di hospital dan berada dalam keadaan stabil, katanya. – AP


