Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Tujuh kritikal, keracunan karbon monoksida

    MARYSVILLE, OHIO, 30 JAN – Tujuh orang dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal kelmarin selepas mengalami keracunan karbon monoksida di Hampton Inn di Ohio, kata pegawai.

    Manakala sembilan lagi dibawa ke hospital tempatan, menurut The Columbus Dispatch.

    Ketua Bomba Marysville, Jay Riley memberitahu akhbar itu punca karbon monoksida tidak jelas tetapi semua orang yang dimasukkan ke hospital berada di kawasan kolam hotel.

    Riley berkata, mangsa termasuk kanak-kanak dan orang dewasa. Dia tidak menyatakan umur mereka.

    Pihak berkuasa berkata mereka menerima panggilan kecemasan kelmarin mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang sama ada terjatuh ke dalam kolam atau ditemui dalam kolam dalam keadaan tidak sedarkan diri di Hampton Inn di Marysville.

    Lebih banyak panggilan kecemasan tidak lama kemudian diikuti mengenai orang yang tidak sedarkan diri atau orang lain yang melaporkan gejala seperti pening dan perit di kerongkong, kata Ketua Polis Marysville, Tony Brooks.

    Hotel itu telah dikosongkan tidak lama selepas itu. Brooks memberitahu akhbar itu bahawa semua yang cedera masih hidup ketika mereka dipindahkan dan tujuh daripada pesakit berada dalam keadaan kritikal.

    Dua lagi dirawat di tempat kejadian dan lima lagi kemudiannya mendapatkan rawatan sendiri di hospital, kata Brooks.

    The Dispatch tidak dapat menghubungi mana-mana ahli pengurusan hotel kelmarin. Riley berkata pasukan penyelenggaraan Hampton Inn sedang dalam perjalanan dari luar negeri. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...