Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tujuh maut, bas menjunam ke gaung

    JAKARTA, 5 DIS – Tujuh orang terbunuh dan 45 yang lain cedera selepas sebuah bas pelancong menjunam ke gaung di Jawa Timur, Indonesia, menurut polis hari ini.

    Bas berkenaan bertolak dari Semarang di Jawa Tengah, membawa berpuluh-puluh orang penumpang bagi lawatan ke Magetan Regency, Jawa Timur, kelmarin.

    Kenderaan berkenaan bergerak menuruni cerun curam Gunung Lawu sebelum ia tiba-tiba merempuh perintang jalan dan kemudian menjunam ke gaung, menurut Ketua Adjung Polis Peranginan Magetan, Pesuruhjaya Kanan Muhammad Ridwan.

    Mereka yang cedera, termasuk 31 yang cedera parah, dibawa ke pusat kesihatan berdekatan bagi rawatan.

    Siasatan terhadap penyebab nahas sedang dijalankan. – Xinhua

    Ahli keluarga mangsa-mangsa nahas sebuah bas pelancongan di Semarang, Jawa Tengah, Indonesia, pada 4 Disember. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda