Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tujuh maut dalam kebakaran di Maharashtra

    NEW DELHI, 3 APRIL – Sekurang-kurangnya tujuh orang sekeluarga maut dalam kebakaran yang berlaku di dalam sebuah kedai jahit di Maharashtra Barat India awal hari ini, kata polis.

    Kebakaran berlaku di kawasan Dana Bazar di kantonmen Aurangabad, kira-kira 327 kilometer timur laut Mumbai, ibu kota Maharashtra.

    “Kami mendapat maklumat bahawa kebakaran berlaku di sebuah kedai jahit sekitar jam 4 pagi waktu tempatan, menimbulkan panik di kawasan kejiranan. Anggota bomba bergegas ke tempat kejadian dan berjaya memadamkan kebakaran, tetapi tujuh orang maut dalam kebakaran pada masa itu, ” kata seorang pegawai polis.

    Kebakaran bermula di kedai dan rumah kediaman di tingkat atas bangunan. Walaupun kebakaran tidak sampai ke tingkat atas, ia disyaki bahawa mangsa mungkin telah meninggal dunia akibat penyedutan asap, kata pegawai polis itu.

    Menurut polis, mangsa dikenal pasti sebagai seorang wanita berusia 50 tahun, dua anak lelakinya, isteri mereka dan dua anak mereka.

    Siasatan awal menunjukkan kebakaran bermula dari basikal elektrik yang disambungkan untuk mengecas dan merebak ke kedai.

    Polis mendaftarkan kes dan mengarahkan siasatan.- Xinhua

    Gambar hiasan Freepik.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda