DEHRADUN, 15 JUN – Tujuh orang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh hari ini di India apabila sebuah helikopter yang membawa jemaah Hindu dari sebuah kuil terhempas di Himalaya, kata pegawai. Kemalangan maut itu berlaku ketika saudara mara meratapi kira-kira 279 mangsa yang terkorban apabila sebuah pesawat penumpang merempuh kawasan perumahan di bandar Ahmedabad di barat India

