Thursday, April 24, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tujuh maut dalam perlanggaran bas mini-lori di Turkiye

    ANKARA, 23 APRIL – Tujuh orang maut manakala 12 lagi cedera dalam nahas membabitkan sebuah bas mini dan lori di wilayah Van, timur Turkiye kelmarin, menurut Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya.

    Kemalangan jalan raya itu berlaku kira-kira 4:30 petang waktu tempatan di lebuh raya yang menghubungkan Van dan wilayah Hakkari di timur Turkiye, kata Yerlikaya menerusi akaun media sosialnya.

    Menurut laporan Xinhua yang memetik agensi Anadolu, bas mini berkenaan bertembung dengan lori kotak yang datang dari arah bertentangan berhampiran terowong Guzeldere di lebuh raya Van-Hakkari.

    Kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital berdekatan dan menurut pegawai tempatan, angka korban mungkin meningkat memandangkan empat daripada mangsa berada dalam keadaan kritikal.

    Pasukan kecemasan termasuk polis, anggota keselamatan luar bandar, petugas perubatan dan anggota bomba turut diarahkan ke lokasi kejadian.

    Menurut Direktorat Keselamatan Am, sebanyak 2,713 nyawa terkorban akibat kemalangan jalan raya di seluruh Turkiye pada 2024. Jumlah kemalangan tertinggi direkodkan di Istanbul, Ankara dan Izmir, dengan Istanbul sahaja mencatatkan 97,354 insiden. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda