Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Tujuh maut feri terbakar di Filipina

    MANILA, FILIPINA, 23 MEI – Sebuah feri yang membawa lebih 130 orang, terbakar di timur laut Filipina hari ini, membunuh tujuh penumpang dan memaksa ramai mangsa terjun ke laut di mana mereka diselamatkan oleh kapal-kapal lain.

    Api pantas merebak dari bilik enjin ke dek penumpang atas M/V Mercraft 2 ketika ia menghampiri sebuah pelabuhan di Real, pentadbir pekan Filomena Portales berkata, feri tersebut dalam perjalanan ke pekan berkenaan di wilayah Quezon dari Pulau Polillo.

    Kebanyakan daripada 134 penumpang dan kru terjun ke air dan diselamatkan dari laut oleh motobot dan kapal-kapal kargo lain, kata para pengawal pantai.

    “Bot-bot nelayan dan kapal-kapal lain dapat menghampiri dengan pantas dan semua orang membantu, jadi penyelamatan cepat dilakukan,” kata Portales sambil menambah bahawa kebanyakan yang diselamatkan dalam kekejutan dan dirawat bagi luka terbakar dan lebam-lebam serta diberi pakaian dan kasut kering.

    Pengawal pantai berkata, semua penumpang feri tersebut telah ditemui dan 24 orang yang cedera telah dibawa ke hospital.

    Portales berkata, tujuh penumpang meninggal dunia akibat terbakar dan lemas manakala itu, seorang berkemungkinan akibat serangan jantung ketika terapung di air.

    Sementara itu, punca kebakaran masih dalam siasatan. – AP

    Gambar yang diserahkan oleh Pengawal Pantai Filipina menunjukkan anggota pengawal pantai memeriksa bangkai feri M/V Mercraft 2 yang masih membara selepas ditunda ke sebuah pulau di luar pesisir pekan Real, wilayah Quezon, Filipina, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...