Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tujuh maut kemalangan jalan raya di Maghribi

    RABAT, 13 OGOS – Tujuh orang terbunuh, tiga daripadanya di bawah umur dan 21 yang lain cedera ketika sebuah kenderaan merempuh penghadang jalan tepi tebing di wilayah Marrakesh di selatan Maghribi, kata agensi berita nasional MAP.

    Ia mengatakan kemalangan itu berlaku semalam di komuniti luar bandar Imindounit.

    Hampir 2,800 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Maghribi tahun lalu, penurunan sebanyak 18 peratus daripada angka tahun sebelumnya, disebabkan oleh sekatan perjalanan yang dikenakan oleh COVID-19.

    Kempen keselamatan jalan raya kebangsaan bertujuan untuk mengurangkan separuh daripada jumlah kemalangan jalan raya tahunan pada tahun 2026. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda