ANKARA, 27 SEPT – Sekurang-kurangnya tujuh orang awam terbunuh selepas sebuah kereta meletup di lebuh raya di timur laut Nigeria, lapor agensi berita, Anadolu memetik saksi kejadian dan sumber polis.
Kejadian berlaku apabila kereta itu melanggar bom buatan sendiri yang ditanam di lebuh raya berkenaan berhampiran Burartai, bandar terpencil di utara negeri Borno pada Khamis.
“Semua tujuh penumpang dalam kereta tersebut maut,” kata penduduk tempatan Mohammad Miringa.
“Semua mayat telah berjaya dikeluarkan,” menurut sumber polis.
Tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. – Bernama