Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tujuh muka baharu politik Premier Sarawak angkat sumpah jawatan

    KUCHING, 1 APRIL – Tujuh muka baharu adalah antara 20 setiausaha politik kepada Premier Sarawak yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di bangunan Wisma Bapa Malaysia pada hari ini. 

    Ahli Majlis Daerah Subis, Hajis Japar Labaw, menjadi antara muka baharu yang dilantik bagi jawatan berkenaan, selain Dominic Nyurang Ajang, Watson Awan Jalai, Collin Patan, Afiq Fikri Brahim, Thomas Balan Bang dan Joshua Ting Fu Ying. 

    Seramai 13 lagi individu yang mengekalkan jawatan itu terdiri daripada Petrus Igat Mathias, Sarkawi Suhaili, Romeo Christopher Tegong, Fridah Osman, Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim dan Susan Clement Ingun.

    Selain itu, turut dilantik semula adalah Abdul Samat Kethergany, John Nyigor, Damen Rejek, Sayed Azmee Wan Junaidi, Awangku Jinal Abedin Pengiran Jawa, Fung Kok Shiun dan Niponi Udek.

    Pelantikan kesemua setiausaha politik dalam kalangan ahli komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkuat kuasa hari ini bagi tempoh dua tahun. 

    Majlis angkat sumpah turut disaksikan Timbalan-timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta beberapa menteri kabinet negeri. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...