Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tujuh orang termasuk kanak-kanak maut dalam banjir lumpur

    BISHKEK, 30 JUN – Lima kanak-kanak dan dua dewasa maut dalam banjir lumpur di Kyrgyzstan, antara negara pergunungan Asia Tengah yang paling terancam dengan perubahan iklim, kata kerajaan kelmarin.

    “Tujuh orang maut di daerah Nookat” di selatan Kyrgyzstan,” kata Kementerian Situasi Kecemasan, sambil menambah lima daripada yang maut adalah kanak-kanak di bawah umur yang dilahirkan antara 2008 dan 2016.

    Sekurang-kurangnya 1,300 orang yang bercuti di kawasan itu telah dipindahkan sejak petang Jumaat, tambahnya.

    Tragedi itu berlaku lagi hanya beberapa hari selepas kematian seorang kanak-kanak berusia lima tahun dalam insiden yang sama.

    Asia Tengah ialah rantau yang sangat sensitif terhadap perubahan iklim di mana kerap mengalami banjir, gempa bumi, tanah runtuh, runtuhan salji dan kebakaran.

    Tetapi peningkatan suhu membawa kepada kemarau yang lebih kerap dan memudaratkan, bencana alam dan keadaan cuaca bermusim yang tidak dapat diramalkan di Kyrgyzstan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

    Menurut media tempatan, kementerian mengumumkan pada akhir Jun bahawa terdapat peningkatan 86 peratus dalam banjir lumpur antara Mac dan Julai 2024 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

    “Tiada satu wilayah pun di negara ini yang tidak berdepan dengan banjir lumpur,” katanya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda