Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tujuh pegawai maut nahas helikopter

    CARACAS, 5 Mei – Tujuh pegawai tentera Venezuela terkorban kelmarin apabila helikopter mereka terhempas di luar Caracas, kata Presiden Nicolas Maduro. Helikopter itu telah meninggalkan bandar Venezuela pada awal pagi menuju ke San Carlos di barat laut negara itu apabila ia terhempas di kawasan pergunungan perbandaran El Hatillo, kata kementerian pertahanan dalam satu kenyataan.

    Dalam Twitter, Maduro berkabung atas kehilangan ‘tujuh pegawai yang sangat disanjung negara’. Mereka termasuk dua mejar, tiga kapten dan dua leftenan kolonel.

    Kementerian pertahanan telah melancarkan siasatan atas kemalangan tersebut. Maduro berada di San Carlos pada Sabtu, mengetuai latihan ketenteraan bersama pegawai tertinggi tentera dan lebih 5,000 askar.

    Ia adalah pertunjukan kekuatan ke atas ketua pembangkang Juan Guaido, yang berdepan kegagalan awal minggu ini untuk cuba melancarkan pemberontakan tentera.

    Guaido terus melanjutkan usahanya dengan memujuk pasukan bersenjata untuk meninggalkan Maduro. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda