Saturday, October 26, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tujuh pelajar khatam Al-Quran dirai

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Tujuh orang pelajar kelas mengaji Al-Quran dan Muqaddam di Masjid Kampung Pelambayan, hari ini diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di masjid berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil kepada pelajar yang diraikan, Ketua Imam Masjid Kampung Pelambayan, Haji Muhammad Aminuddin bin Haji Puteh, yang juga memimpin bacaan Surah Al-Fatihah.

    Antara lain objektif majlis adalah bagi menyemai rasa kecintaan mendalam terhadap Kalam Allah dan mengangkat martabat Al-Quran ke tahap yang lebih tinggi.

    Di samping menjadikan petunjuk utama dalam melahirkan insan cemerlang di dunia dan juga akhirat, seterusnya membiasakan kanak-kanak ke masjid untuk belajar mengaji.

    Majlis diserikan dengan memperdengarkan bacaan Al-Quran oleh peserta khatam dan kemudian diikuti dengan bacaan dikir yang diketuai oleh Awang Muhd Hafizul Ridhwan Sofian bin Abdullah.

    Manakala bacaan Doa Khatam Al-Quran dibacakan oleh Awangku Ahmad Muaz Aiman bin Pengiran Haji Hasimudin.

    Gambar ramai pelajar kelas mengaji yang diraikan dalam majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN MASJID PELAMBAYAN
    Tetamu kehormat semasa menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar yang diraikan. – GAMBAR SERAHAN MASJID PELAMBAYAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda