Friday, September 13, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tujuh pelajar lemas semasa percutian di Mexico

    COATZACOALCOS, MEXICO, 15 JULAI – Tujuh orang pelajar lemas di timur Mexico selepas kenderaan mereka diseret ke dalam sungai yang mengalir deras ketika mereka cuba menarik bot dari air, kata sumber kerajaan tempatan kelmarin.

    Mangsa-mangsa, kesemuanya berusia antara 21 dan 23 tahun, pada Sabtu sedang meraikan penghujung tahun persekolahan dan cuti musim panas di sebuah kediaman persendirian di tebing sungai itu di bandar Coatzacoalcos.

    Mereka berada dalam trak pikap yang mereka gunakan untuk cuba menarik bot dari sungai Calzadas-Coatzacoalcos, sumber daripada polis perbandaran dan perkhidmatan kecemasan memberitahu AFP dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

    Air bergelora, diburukkan lagi oleh ribut, mengheret kenderaan itu masuk ke sungai.

    Mangsa-mangsa ialah “lima wanita dan dua lelaki. Mereka mengenali antara satu sama lain,” kata sumber dengan perkhidmatan kecemasan.

    Seorang wartawan AFP di tempat kejadian berkata, ribut kencang telah menyukarkan usaha untuk mengeluarkan mayat mangsa. – AFP

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda