Sunday, December 22, 2024
21.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tujuh pelatih tamat pengajian diraikan

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar Lyna Mohamad

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Tujuh pelatih yang mengikuti Program UNIKLEARN selama 11 bulan hari ini diraikan pada Majlis Tamat Pengajian dan Upacara Pengijazahan yang berlangsung di salah sebuah hotel di Gadong.

    Hadir selaku tetamu kehormat seterusnya menyampaikan hadiah kepada pelatih ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Turut hadir ialah Pengerusi An-Nur Harapan Sdn Bhd, Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman bin Pengiran Haji Damit dan ahli lembaga An-Nur Sdn Bhd, Dayang Noorsurainah binti Tengah dan ibu bapa para graduan.

    UNIKLEARN merupakan latihan vokasional dan program yang dibiayai dan oleh An-Nur Harapan yang didedikasi untuk memacu perubahan bermakna dalam masyarakat, keluarga, individu dan alam semula jadi.

    Ia sekali gus menjadi pemangkin kepada perubahan dengan membantu meminimumkan cabaran sosial masyarakat dengan penyelesaian strategik.

    Program ini adalah latihan vokasional dan latihan perantisan untuk belia dengan kebolehan berlainan bagi memperkasakan sumbangan mereka kepada masyarakat.

    Pelatih UNIKLEARN 2019 telah menjalani latihan di pelbagai agensi seperti Royal Brunei Catering, Hotel Mulia, Eco Bumi Arkitek, Poni Divers dan AMD United Transportation.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta program Uniklearn.
    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan melihat lebih dekat pameran pada majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda